Wednesday, December 14, 2022

jemmm krengg tp alhamdulillah

  Fuhh... thank god.

i can retrieve back my account.

so many years i tried to take back my blog acc..

so i hope i can have a time for me to write back ...

Monday, February 6, 2017

Rencah Kehidupan 2017

blog ni akan ku warnai semula
resepi kehidupan aku bakal berubah banyak..
ku mengalami pelbagai kesulitan dan kegembiraan
bisnes akan ku mula semula. modal? guna apa ja yg ada
wife bakal berhenti kerja. stop sepenuhnya pertengahan Mac setelah lebih 8 bulan struggle minta pindah. merayu bagai dengan pelbagai alasan temasuklah guna surat dari doktor pakar IJN & HTF Perlis tentang sakit jantungnya.
aku kena perah keringat lebih untuk cari duit..
so no matter what are the thing that i have to face.. i 'm going to start over again all the thing i love to do in my life..

so...
biz in food - choc moist cake, cabonara n balognese pasta
biz - sewing clothes...
gardening - lemongrass, etc
Amateur Radio - (please cq me at 6m, 10m & 40m)
MTB Cycling - to overcome my big belly
Silat - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Fishing

Sunday, January 1, 2012

I wish you all...

HAPPY NEW YEAR
 To All My Friends in Amateur Radios and to All Bloggers
hopefully this year going to be better than last year...
Don't give up.... better get up , stand up  stand up for your rights..
Peace yooo....
to all Muslims.... better not forget to 'SOLAT'..

Saturday, February 20, 2010

kena operate la pulak...

awal bulan aritu pergi cabot gigi di Klinik Pergigian Klang. punya la sedap dihempap kepala dengan 'barang' doktor gigi tu...
aku biar jer dia wat apa pun. dah cabot yang longgar tu dia cakap nak cabut tunggul kat sebelah gigi yang telah dicabut.
oleh kerana sedap jer kena hempap aku kata ok. balik rumah citer ngan bini aku dia cakap bagus la tu... after 2 days aku arasa macam bernanah jer kat dalam. pastu keluar lendir berwarna hijau berbau busuk melalui hidung ngan tekak. loya aku dibuatnya.. mahu taknya...dia punya bau sungguh busuk dari tahi aku berak... dan rasa lendir tu macam apa pun tak dapat aku bayangkan. aku rasa mesti ada masalah ngan gigi aku nie...

Dr. Z tu ada wat oppoinment untuk cek semula gigi aku tu pada 17hb feb 2010, aku pun p cek tunggu punya la lama sbb orang tetiba jer macam klinik rawatan harian. setelah nombor naik aku masuk DR lain lak sbb DR Zaha tu MC. dia cek serba sedikit then aku story ler serba sedkit tentang apa yang aku rasa kat dalam mulut aku.dia suruh aku ikut nurse pergi X-ray.
memamg ada akar yang tertinggal kat dalamdan telah masuk terlalu dalam hingga telah tikam bahagian sinus iaitu rongga kosong antara hidung dan gusi.. dia kata kena rujuk pakar bedah mulut kat klinik perigian Hospital Tunku Ampuan Rahimah. kena terus pergi sbb mereka dah tepon ke sana dan pakar tu sedang tunggu. terpaksa la aku gegas ker HTAR.

Pakar bedah mulut cek & x-ray 3 4 kali....sampai guna yg jenis aku tak nah tgk pun ada mesin x-ray nyer. boleh putar putar pusing kepala... hasilnya doktor tu nampak la gigi tersebut... decision nyer kena operate. dia setkan 22hb baru nak admit... dan sambil bergurau ngan aku,"esok boleh ker kiter operate? tersentak aku... terus pucat. aku snyum sumbing jer lah..
18hb setelah hantar wafi ker tadika n antar waqi ker babysitter... n setelah isteri aku pergi kerja, dapat panggilan telefon dari hospital untuk admit.... kelam kabut aku... tepon isteri aku cakap kena admit. terus dia balik rumah. dah separuh jalan dia nak ke opis CIMB. aku di admit ke wad 3B katil 4a... tunggu kena puasa jam 12 mlm. semalam aku tunggu turn aku masuk OT dekat 4 jam. masuk jer ker OT jam 12 tgh ari, aku dibius tak sedar apa pun. sedar sedar jer dah siap. hilang muka hensem aku nie... bengkak abis.. kena bedah sebelah luar n dalam gusi n dia jahit semula. tulang lelangit kena buang skit. abis separuh mulut aku kena bedah... aku dilarang berrkumur, bersin atau terseedak , hempus angin kuat2 atau pun menjerit atau pun meludah... teruk gak la aku. nak ngajar camana nie... nasib baik dia bagi mc sampai 28hb..
hari nie dah bole kuar wad. Dr dah discharge pagi tadi tapi document akan siap tengah hari atau petang nanti.

harap harap dah sembuh... boleh ngajar kembali... banyak benda kat sekolah nak kena cover nanti.. pastu event merentasdesa peringkat daerah nanti aku jadi hakim ronda untuk larian bawah 15 tahun, tak tahu la sapa ganti... anak anak murid aku apa dah jadi... kecian depa sampai dekat 2 minggu tak belajar....

Thursday, January 21, 2010

Ingat Cikgu/Guru nie SuperHero ker????

Bila ditahap nak melaksanakan amanah, tanggungjawab, harapan dan sebagainya orang yang memegang watak GURU/CIKGU ini biasanya diperlakukan atau perlu berlaku seperti seorang SUPERMAN/SUPERWOMEN... sebesar2 mana pun tanggungjawab orang lain dalam pekerjaannya tidak sebesar tanggungjawab seorang GURU/CIKGU. Bayangkanlah seorang anak seawal usia 4,5 tahun sudah dihantar ke pra sekolah dan seterusnya ke sekolah rendah dan menengah sebelum melanggah ke IPT2 yang banyak macam cendawan tumbuh di negara ini. Disekolah seorang manusia ingin dibentuk menjadi seorang manusia yang terbaik. Ibubapa kat rumah tak mampu nak bentuk anak sendiri dan mau tak mau mesti hantar anak ke sekolah. Membentuk jiwa manusia yang berakhlak, seimbang, rasional dan berjaya...WOW!! hampa ingat senang ka?... kat rumah bela anak 3, 4 orang pun dah mengeluh....

Bidang kerja lain... membentuk mesin, jaga kawasan, dan macam2 lagi tidak sebesar amanah membentuk dan menjaga manusia. Lantaran itu harapan yang tinggi diletakkan pada bahu setiap orang yang dipanggil GURU/CIKGU... Selain mengajar guru juga diarahkan untuk menjadi jurulatih, guru pengiring, pemantau dan lain-lain kerja yang sebenarnya banyak terdedah kepada risiko yang sentiasa tinggi. Maklumlah yang diuruskan adalah nyawa dan jiwa...insan. Dengan kadar gaji yang dikirakan berbanding tanggungjawab adalah sangat rendah... tetapi tanggungjawabnya tinggi mengunung... GURU/CIKGU bukan SUPERMAN/WOMEN yang berkuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sesempurnanya tanpa rasa penat lelah dan tanpa melakukan kesilapan...
Ringkas cerita GURU/CIKGU BUKAN SUPERMAN/WOMEN boleh disuruh buat itu ini, jadi apa-apa pada diri sendiri itu pengorbanan GURU/CIKGU yang semestinya dilakukannya....