Thursday, January 21, 2010

Ingat Cikgu/Guru nie SuperHero ker????

Bila ditahap nak melaksanakan amanah, tanggungjawab, harapan dan sebagainya orang yang memegang watak GURU/CIKGU ini biasanya diperlakukan atau perlu berlaku seperti seorang SUPERMAN/SUPERWOMEN... sebesar2 mana pun tanggungjawab orang lain dalam pekerjaannya tidak sebesar tanggungjawab seorang GURU/CIKGU. Bayangkanlah seorang anak seawal usia 4,5 tahun sudah dihantar ke pra sekolah dan seterusnya ke sekolah rendah dan menengah sebelum melanggah ke IPT2 yang banyak macam cendawan tumbuh di negara ini. Disekolah seorang manusia ingin dibentuk menjadi seorang manusia yang terbaik. Ibubapa kat rumah tak mampu nak bentuk anak sendiri dan mau tak mau mesti hantar anak ke sekolah. Membentuk jiwa manusia yang berakhlak, seimbang, rasional dan berjaya...WOW!! hampa ingat senang ka?... kat rumah bela anak 3, 4 orang pun dah mengeluh....

Bidang kerja lain... membentuk mesin, jaga kawasan, dan macam2 lagi tidak sebesar amanah membentuk dan menjaga manusia. Lantaran itu harapan yang tinggi diletakkan pada bahu setiap orang yang dipanggil GURU/CIKGU... Selain mengajar guru juga diarahkan untuk menjadi jurulatih, guru pengiring, pemantau dan lain-lain kerja yang sebenarnya banyak terdedah kepada risiko yang sentiasa tinggi. Maklumlah yang diuruskan adalah nyawa dan jiwa...insan. Dengan kadar gaji yang dikirakan berbanding tanggungjawab adalah sangat rendah... tetapi tanggungjawabnya tinggi mengunung... GURU/CIKGU bukan SUPERMAN/WOMEN yang berkuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sesempurnanya tanpa rasa penat lelah dan tanpa melakukan kesilapan...
Ringkas cerita GURU/CIKGU BUKAN SUPERMAN/WOMEN boleh disuruh buat itu ini, jadi apa-apa pada diri sendiri itu pengorbanan GURU/CIKGU yang semestinya dilakukannya....