Thursday, September 10, 2009

Boleh Memancut Sejauh 9 Meter

Jangan fikir yang bukan-bukan.. Biar berfikiran positif. Ubah sedikit minda anda dari memikir benda negatif atau buruk. Ia adalah mengenai tekanan jantung manusia daaaa....

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidup.

No comments: