Wednesday, September 30, 2009

Cakap bohong salah, cakap betul pun salah...

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha dan tidor di sana...

Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.

Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

"Ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?.

"Abang tak mahu berbohong... Kalo bohong sayang bukan nyer percaya pun. Sebenarnya... Abang.... Abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang baru balik dari rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor.

"Bohonggg... .ni mesti abang pergi main golf la kan?... ..

No comments: